Isnin, 23 November 2015

KURSUS PERANCANGAN STRATEGIK DAN HEADCOUNT 2015

Tahniah..itu yang boleh diucapkan kepada semua warga SMA Rembau kerana walau pun cuti persekolahan telah bermula semua guru sanggup meluangkan masa2 hari untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini telah diadakan pada hari jumaat dan sabtu 20 dan 21 November 2015, tahniah





Rabu, 18 November 2015

SAMBUTAN TAHUN BARU 1437 HIJRAH

Sambutan ini telah diadakan di surau Al-Amin SMA Rembau pada `8 November mulai jam 7.40 pagi sehingga pukul 9.00 pagi, tajuk ini telah dikupas dengan menarik oleh Tuan Alimi bin Muhammed peguam syarie mahkamah syariah Port Dikson. Moga Maal Hijrah ini memberi perubahan yang positif kepada semua warga SMA Rembau.












GOTONG ROYONG PERDANA SMA REMBAU 2015

Objektif program ini untuk membersihkan semua kawasan sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula, program ini telah doadakan pada hari rabu 18 November 2015 mulai jam 10.00 sehhingga 12.30 tengahari, terimasih pada guru-guru dan semua pelajar yang terlibat.















LAWATAN DAN GOTONG ROYONG KE RUMAH ORANG TUA


Bilangan pelajar terlibat : 40 orang murid ting 1-4
Tempat:Rumah Rakyat Kota, Rembau Negeri Sembilan

Objektif program
1) Mengeratkan silaturrahim antara generasi muda dgn warga emas.
2) Memupuk rasa menghargai jasa warga emas & menyayangi warga emas dikalangan generasi muda
Guru terlibat: Puan Siti Aminah dan Cik Khairul Naimah









MAJLIS PENGHARGAAN KECEMERLANGAN PELAJAR DALAM PERCUBAAN DAN SETARA 2 2015

Memeberi motivasi, galakan dan penghargaan kepada mereka yang cemerlang. Itulah objektif majlis ini diadakan pada hari jumaat selepas majlis bacaan yasin 14 November 2015 di Surau Al-Amin, diharapkan juga majlis ini menjadi cabaran kepada pelajar-pelajar yang lain..









MAJLIS IHTIFAL PERDANA SMART HUFFAZ 2015

Majlis ini berlansung di Sekolah Menengah Dato' Abd Razak (SDAR) pada 9 November 2015 mulai jam 9.00 pagi. SMA Rembau telah menyertai semua ketogeri yang di pertandingkan , Alhamudulillah SMA Rembau telah memenangi dalam beberapa acara antaranya:
Muhammad Hafizuddin Hazrul telah menjadi johan tahap 4, Sarah Naib johan tahap 4 perempuan, Hafiz ikhwan dan hannan tempat ketiga tahap 3 dan 1. Tahniah semua yang menang moga kejayaan ini berterusan untuk tahun-tahun yang kehadapan.













Isnin, 16 November 2015

PERMOHONAN KETINGKATAN 1 SMA REMBAU 2016

PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN

Borang permohonan telah dibuka.

Tempoh permohonan : 17 November 2015 hingga 28 November 2015

Syarat-syarat kemasukan :

  • Pemohon merupakan calon UPSR 2015
  • Anak Negeri Sembilan (Keutamaan kepada penduduk sekitar Rembau dan Seluruh Negeri Sembilan)
  • Bapa berstatus warganegara Malaysia
  • Mendapat minimum 3A tanpa D dan E dalam UPSR
  • Mendapat minimum 6A (termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Tilawah dan Jawi) tanpa D dan E dalam UPKK
  • Aktif dalam kepimpinan, kegiatan kokurikulum, ko-akademik dan tiada rekod disiplin berat
  • Sihat tubuh badan
  • Keutamaan diberikan kepada murid yang menghafaz surah-surah berikut - Surah Yaasin, Surah al Mulk, Surah Waqiah dan Surah Sajadah

Dokumen yang diperlukan semasa temuduga
  • borang pengesahan Guru Pendidikan Islam, GPK HEM dan Guru Besar Sekolah Rendah - MUAT TURUN BORANG
  • sijil-sijil murid (salinan sijil hendaklah disahkan)

-----------------------------------------------------------------------------------

BORANG PERMOHONAN

-----------------------------------------------------------------------------------


Calon-calon yang layak akan disenaraikan di laman blog ini, dan akan dihubungi melalui email dan surat dari pihak sekolah.
Keputusan permohonan akan disiarkan pada : 1 Dis 2015
Calon diingatkan agar mengisi semua maklumat yang diperlukan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan borang anda ditolak.
Permohonan palsu dan tidak lengkap akan ditolak.


---------


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Pengetua
SMA Rembau
71300 Rembau
Negeri Sembilan

No Tel : 06 685 2404 (8am - 3pm, waktu pejabat sahaja)
No Faks : 06 685 3670
email 1 : psssmarembau@gmail.com
email 2 : nft3002@1bestarinet.yes.my

TAKLIMAT PENGAMBILAN TINGKATAN 1 2016 DAN KURIKULUM BERSEPADU DINI

Taklimat ini telah diadakan pada 7 November 2015 hari sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga pukul 11.30 pagi, Matlamat utama diadakan majlis ini adalah untuk menerangkan lebih lanjut tentang pelaksanaan kurikulum bersepadu dini yang akan dilaksanakan sepenuhnya di SMA Rembau mulai tahun 2016, Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian ibu bapa dan penjaga yang hadir.