Isnin, 23 September 2019

SURAU AL-AMIN

Surau atau masjid merupakan nadi untuk menghidupakan aktiviti keagamaan dan kerohanian bagi satu-satu tempat, termasuklah SMA Rembau amat memerlukan sebuah surau yang menjadi mercu tanda untuk mengenali SMA Rembau  tambahan pula sekolah ini terletak di tepi jalan utama ke pekan Rembau dan laluan utama ke Seremban Tampin.






                                                                                                       Surau Al- Amin  sebelum dibina semula


Surau al- Amin sekarang

Mesyuarat Agung PIBG kali pertama 2013 kertas kerja pembinaan surau telah dibentangkan untuk mendapat persetujuan ahli mesyuarat,  memandangkan keperluan surau baru untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah setelah kemasukkan SMA Rembau ke SABK dan keadaan fizikal sekolah yang semakin uzur. di bawah ini di bawakan keratan minit mesyurat tersebut: 


_________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AJK PIBG PERTAMA 2013
SEK.MEN. AGAMA REMBAU 

Tarikh : 10  April  2013 (Rabu )
Masa : 2.30 petang
Tempat     : Bilik Gerakan SMA Rembau

Kehadiran : Pn. Hajjah Japiah binti Jampok
                        Tn. Hj.Akashah b. Hj.Husin
Tn.Hj. Mohd Noor b. Mohd Daud
En Muhammad Abduh bin Haji Azarai
En. Rashdan bin Abd Rahman
Pn. Norazalina bt. Jaapar
En.Iskan b. Damuri
Tn.Hj.Mohd Isa bin Abd. Rahman
Ust Mohd Shah bin Ujang
Rahimah binti Harun
Zarina bt Muda
Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Yusof
Puan Siti Rozita bt Mohd Isa
En Ismail bin Osman
                                 
Tidak Hadir :Ust.  Tajul Azhar bin Harun
Puan Hajjah Rosinah binti Baharuddin




6.Hal-hal lain 


6.3  - Ustaz Mohd Shah bin Ujang menyatakan pihak sekolah sedang mengusahakan untuk mengubahsuai untuk membesarkan bangunan surau SMA Rembau yang sedia ada sekarang.Pembinaan ini atas sebab bilangan murid yang telah bertambah dan tidak dapat menampung bilangan pelajar dan guru apabila menjalankan aktiviti keagamaan dan sebahagian surau itu telah repu dimakan anai-anai dan juga kolah surau yang telah mengalami kebocoran . Selain itu surau ini juga digunakan setiap hari oleh pelajar asrama. Beliau memohon agar AJK cadangan pembesaran  surau yang dibentuk  seperti dalam kertas kerja yang diedarkan diterima . Cadangan pembesaran surau ini surau ini diluluskan dan diterima sebulat suara. Semua AJK Pembesaran Surau dikekalkan sehingga surau selesai dibina.

- Mesyuarat juga bersetuju untuk memungut derma bagi tujuan pembesaran surau tersebut melalui derma orang ramai, badan koprat, sekolah-sekolah dan masjid-masjid dan juga bantuan daripada pihak MAINS. Mesyuarat bersetuju untuk membuka akaun khas untuk tujuan ini di CIMB Bank Cawangan Rembau, dan bersetuju pengeluaran wang untuk perbelanjaan pembesaran tersebut hanya boleh dibuat apabila ditandatangani oleh 2 daripada 3 Ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Bendahari dan setiausaha.



Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama semua ahli jawatankuasa .Mesyuarat ditangguhkan pada 4.45 petang.

Disediakan oleh :


(RAHIMAH BINTI HARUN)
Setiausaha
PIBG Sek Men Agama Rembau

_________________________________________________________________________________





Setelah Mesyuarat PIBG meluluskan kertas kerja cadangan pembinaan surau satu jawatan kuasa kecil telah dibentuk bagi mengerakkan projek yang murni ini.  di bawah adalah kertas kerja dan AJK sementara yang telah dibentuk itu.


_________________________________________________________________________________

  KERTAS KERJA
PEMBINAAN SURAU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU
71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN




Disediakan oleh:
JAWATAN KUASA PEMBINAAN SURAU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU
71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN

KANDUNGAN HALAMAN

1. Mukadimah

2. Objektif

3. Rasional

4. Ahli jawatankuasa pembinaan surau SMA Rembau

5. Fasa-fasa pembinaan

6. Kos pembinaan

7. Sumber Kewangan

8. Penutup



1. MUKADIMAH

Sekolah Menengah Agama Rembau terletak di Pekan  Rembau  Negeri Sembilan. dianggarkan seramai 260 orang pelajar dan guru yang keseluruhannya, Buat masa sekarang, Surau yang sedia ada sekarang ini tidak cukup untuk menampung bilangan pelajar yang sedia ada, keperluan ini lebih mendesak apabila diadakan program keagamaan bersama dengan ibubapa dan penjaga pelajar contohnya program solat hajat dan bacaan yasin dan lain-lain lagi. Ia juga boleh dijadikan mercu tanda sekolah ini, memandangkan sekolah ini berhampiran dengan jalan besar yang menjadi perhatian ramai apabila melalui dihadapan sekolah ini. Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah surau sebagai tempat sebagai pusat kegiatan agama di Sekolah Menengah Agama Rembau untuk solat berjamaah yang lebih selesa dan juga pusat kegiatan agama di sekolah ini.

Melihat kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua pelajar, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud
mewujudkan sebuah surau di dalam sekolah ini. Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup penghuni Islam di sekolah ini. Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk serta membina akhlak yang baik. Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan komitmen jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Pembinaan Surau Sekolah Menengah Agama Rembau untuk merealisasikan hasrat tersebut. Kertas kerja ini akan memberi maklumat lengkap pembinaan surau yang dimaksudkan. Sehubungan dengan itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Menengah Agama Rembau berharap kepada sumbangan pihak-pihak yang ingin memberikan sumbangan berupa kewangan dan sebagainya demi tercapainya cita-cita seluruh warga Sekolah Menengah Agama Rembau ini.


2. OBJEKTIF
1.Mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan pelajar Sekolah Menengah  
   Agama Rembau
2. Memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa.       

3. RASIONAL
1. Ketiadaan surau yang mencukupi menyukarkan aktiviti keagamaan di dalam
    Sekolah Menengah Agama Rembau.
2. Memiliki tapak yang amat sesuai dibangunkan sebuah surau .
3. Keperluan warga Sekolah Menengah Agama Rembau yang mendesak dan
    memerlukan tempat beribadat yang sesuai, baik dan selesa.
4. Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan
    Lebih teratur

4. AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN SMA REMBAU

PENASIHAT
PUAN HAJJAH JAPIAH BINTI JAMPOK
PENGETUA SMA REMBAU

PENGERUSI
TUAN HAJI AKAHSAH BIN HUSSIN
YDP PIBG

TIMBALAN PENGERUSI
TUAN HAJI MOHD NOR BIN MOHD DAUD
NAIB YDP PIBG

ENCIK MUHAMMAD ABDUH BIN AZARAI
GPK 1 SMA REMBAU

PUAN NORAZLINA BINTI JAAFAR
GPK HAL EHWAL MURID SMA REMBAU

ENCIK RASHDAN BIN ABD. RAHMAN
GPK KOKURIKULUM SMA REMBAU

SETIAUSAHA
ENCIK MOHD SHAH BIN UJANG

BENDAHARI
ENCIK MOHD ISA BIN ABD RAHMAN

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA
SEMUA AJK PIBG DAN SEMUA GURU SMA REMBAU


5. FASA PEMBINAAN

Terdapat empat (4) fasa-fasa pembinaan yang telah diatur untuk pembinaan Surau Sekolah Menengah Agama Rembau.


FASA 1
Menjalankan urusan-urusan rasmi dengan pihak-pihak kerajaan dan pihak berkuasa seperti:

1.Pengurusan permohonan kebenaran membina surau dan kebenaran memohon
    derma dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan kelulusan
2. Pengurusan gazet tanah dan tapak surau dari Jabatan Agama Islam Negeri  
    Sembilan
3. Pengurusan permohonan Penentuan Arah Qiblat dari Jabatan Mufti Kerajaan
    Negeri Sembilan  dan kelulusan.
4. Pengurusan memohon pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri
    dan kelulusan.
5. Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Sekolah Menengah Agama 
    Rembau.
6. Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan

FASA 2

1. Pengurusan memohon derma dari warga Sekolah Menengah Agama Rembau.
2. Pengurusan memohon derma dari Lembaga Zakat Negeri Sembilan, dan
     Baitumal Negeri Sembilan
3. Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat
4. Pengurusan memohon derma dari syarikat dan majikan
5. Pengurusan Resit dan senarai derma
6. Pengurusan rekod dan pengauditan
FASA 3
1. Pembinaan Sekolah Menengah Agama Rembau.
2. Pemantauan dari Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK terlibat

CADANGAN SPESIFIKASI PEMBINAAN SMA REMBAU

BIL
PERIHAL
KEPERLUAN DAN CATATAN
1
Kapasiti jemaah
400 orang jemaah
2
Jenis bangunan
satu tingkat
3
Keluasan bangunan
5400 kaki persegi ( 90 X  60  ) kaki
4
Keluasan dewan
solat
4000 kaki persegi ( 80 X 50 ) kaki

5
Struktur Konkrit
tetulang
6
Binaan bangunan
Batu bata berplaster ( reinforce )
7
Kemasan dinding
Lepaan simen ( plaster luar dan dalam
8
Bumbung

Concrete tile and Metal deck (Kerangka bumbung jenis
kayu/besi )
9
Siling
2 X 4 asbestos
10
Kemasan cat
Emulsion - kelas sederhana putih
11
Pintu
Pintu gelungsur aluminium
12
Tingkap
Tingkap aluminium berkaca jernih
13
Kemasan lantai

a.dewan solat – jubin seramik
b. teres koridor – jubin seramik
c. bilik imam – jubin seramik
d. bilik bilal – jubin seramik
e. teres keliling – jubin seramik
14
Bilik air/Wudhu’

a. tangki simpanan air
b. tandas lelaki – 2 unit
c. tandas perempuan – 2 unit
d. tempat wudhu’ lelaki – 10 unit
e. tempat wudhu’ perempuan–10 unit
f. Bilik mandi lelaki -1 unit
g. Bilik mandi perempuan 1. unit

15

Pendawaian Elekterik

Pendawaian letrik
three phase – 60 Amphere ( punca utama )
a. punca lampu – double fluorescent with reflector
b. punca kipas – kipas siling dan dinding
c. punca kuasa 13A – domestik
d. punca kuasa 15A – penyaman udara
16
a. longkang –
i. 6 inci dalam
ii.8 inci lebar
iii.bentuk U
b. salur air
i. UPVC gutter
c. pagar
i. keliling kawasan pelan tapak
d. pintu pagar
i. pintu utama
ii.2 pintu kecil






FASA 4
1.Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan surau Sekolah Menengah Agama Rembau.
2. Pengurusan perasmian Surau Sekolah Menengah Agama Rembau.

6. KOS PEMBINAAN
Kos keseluruhan pembinaan SMA Rembau ialah:
RM200,000
(DUA RATUS RIBU RINGGIT MALAYSIA)

7. SUMBER KEWANGAN
            1. Sumbangan Warga SMA Rembau                                           RM 80.000
            2. Sumbangan dari sekolah seluruh Negeri Sembilan              RM 10.000
            3. Sumbangan dari masjid  seluruh Negeri Sembilan               RM 10.000
            4. Sumbangan dari Menteri Besar Negeri Sembilan                 RM 100.000
                                    JUMLAH                                                                   RM 200.000

8. PENUTUP
Pembinaan Sekolah Menengah Agama Rembau ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua penduduk di desa ini. Kewujudan surau ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin antara warga SMA Rembau.PIBG, agensi-agensi kerajaan dan sw  asta yang terlibat dan juga para penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian ini. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar pembinaan surau Sekolah Menengah Agama Rembau ini dapat disegerakan demi kemudahan warga Sekolah Menengah Agama Rembau.. Pihak jawatankuasa pembinaan surau Sekolah Menengah Agama Rembau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
Sekian.





Disediakan oleh:

JAWATAN KUASA PEMBINAAN SURAU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU
71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN

_________________________________________________________________________________
Setelah mendapat kelulusan dari pihak-pihak berwajib maka kutipan pembinaan surau telah dilancarkan, kutipan ini dijalankan melalui beberapa cara antaranya adalah kutipan melalui kupon, individu yang pemurah, kutipan kesemua sekolah rendah dan menengah seluruh negara dan melalui kutipan seluruh masjid di negara kita, setelah kutipan mencecah sembilan puluh ribu maka pada 14 ogos 2014 bermulalah kerja -kerja merobohkan surau yang lama.

                               
Proses membuka atap


   atap telah dibuka sepenuhnya
                              
Mengunakan jentera untuk meruntuhkan dinding
                              
semua bangunan surau runtuh sepenuhnya

Dalam tempoh pembinaan surau ini berjalan maka segala aktiviti keagamaan telah berpindah sementara ke Dewan Makan SMA Rembau

                            

                            

                            
                                       

                            

 setelah menunggu hampir setahun akhirnya surau al-Amin berjaya dibangunkan semua di tapak yang lama dengan keadaan yang lebih luas, selesa dan menarik, maka pada bulan september 2015 satu gotong royong membasuh dan membersihkan seluruh kawasan surau telah diadakan yang telah disertai oleh semua warga SMA Rembau,

                                                      
Membersihkan bahagian dalam surau
                                  
                                          Membuang segala batu dan lebihan sampah

                                  
Bahagian dalam surau
                                  


                                  
                                                                    Bahagian luar surau
Alhamdulillah dengan terdirinya Surau Al Amin ini berbagai aktiviti telah diadakan di surau inu dan banyak memberi manfaat bagi seluruh warga SMA Rembau, Oleh kerana aktiviti keagamaan berjalan lancar dengan adanya surau ini maka Tanggal 17 September 2015 SMA Rembau telah mengukir satu sejarah tersendiri, SMA Rembau telah dianugerahkan Johan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) SABK menengah peringkat kebangsaan anjuran  Majlis Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama (AKIPA) . Majlis tersebut telah diadakan pada 17 September 2015 di Hotel Lexis, Port Dikson Negeri Sembilan , SMA Rembau telah diwakili oleh pengetua sendiri Puan Hajjah Japiah Binti Jampok . Moga anugerah ini menjadi motivasi untuk semua warga SMA Rembau mempertingkatkan sahsiah diri seiring dengan kecemerlangan yang telah diraih. Tahniah kepada warga SMA Rembau.

Sijil kemenangan
Kenangan bersama Ketua Sektor Pendidian Islam Negeri Sembilan


                                  
Pemandangan surau yang amat menarik diwaktu malam hari.

Semenjak itu surau ini telah dijadikan tempat untuk kebanyakan aktiviti sekolah dan asrama, Moga Allah memberi ganjaran kepada semua yang telah menyumbangan wang dan tenaga daalam membangunkan surau ini, hanya Allah yang maha pemurah yang akan membalasnya, AMIN