Selasa, 28 Januari 2020

PRAKATA

KATA ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan izin-NYA  dapat kita bertemu pada tahun 2020. Terlebih dahulu, sekalung tahniah dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada Jawatankuasa Buku Manual Pengurusan tahunm2020 yang telah bertungkus-lumus bekerja menyiapkan buku ini. Buku ini penting sebagai garis panduan dan rujukan kepada semua sebagai garis panduan dan rujukan kepada semua warga SMAREM untuk melaksanakan tugas dengan lebih konsisten dan sistematik. Semua warga SMAREM khususnya para guru dan anggota kakitangan sokongan perlu meneliti dan memahami isi kandungannya agar dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Sebagai penjawat awam, kita bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar dan arahan kerajaan, khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Berlabuhnya tirai 2019 menyaksikan pelbagai tindakan telah berjaya dilaksanakan untuk penambahbaikan dan perubahan yang melibatkan keberkesanan kualiti kerja terhadap kawalan mutu kerja di sekolah. Perubahan-perubahan dasar di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)menuntut semua warga pendidik supaya berubah dari budaya lama ke budaya baharu. Tiga Gelombang PPPM iaitu 2013-2015, 2016-2020 dan 2021-2025 perlu difahami serta dihayati oleh semua guru. Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) dalam Pentaksiran Awam bertunjangkan KBATdan PAK 21, MBMMBI, Dasar 1Murid 1Sukan(1M1S),
Kawalan Disiplin Murid, memperkasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah serta
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah(KSSM).
Dalam usaha ke arah transformasi dan pembaharuan sistem pendidikan ini, Transformasi
bermula dari dalam bilik darjah menjadi fokus pihak sekolah untuk mengekalkan matlamat asas iaitu
melahirkan modal insan kelas pertama dan membentuk generasi rabbani. Pada masa kini, modal insan
yang berkualiti dari segala aspek menjadi prasyarat utama kejayaan untuk meningkatkan imej sekolah
sekali gus mampu membentuk masyarakat yang bertamadun seiring dengan perkembangan semasa.
Sesungguhnya, produktiviti yang didasari dengan kreativiti dan inovasi mampu melonjakkan
kecemerlangan dari segi kemahiran, kecekapan dan keberkesanan di sekolah khususnya dan
pendidikan amnya.
Selain itu, pencapaian yang cemerlang dalam bidang kokurikulum harus dijadikan asas untuk
memperhebat usaha melahirkan jaguh dan wira yang mampu mengharumkan nama sekolah.
Sekiranya, kita dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan serta komitmen yang tinggi
dalam apa-apa jua tugasan yang diberikan, kejayaan dan kecemerlangan akan pasti menjadi milik kita.
Akhir kalam, saya mendoakan semoga SMAREM akan bergerak secara proaktif, berfikir
secara kreatif dan inovatif serta bertindak dengan komited dan penuh bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2020. Walhasil, harapan saya agar kita
semua warga SMAREM dapat bekerja sebagai satu pasukan yang utuh demi mencapai
kecemerlangan dalam semua bidang terutamanya aspek kemenjadian murid.Insya-Allah

(HJ. MUHAMMAD ABDUH BIN AZARAI)
Pengetua
SMA Rembau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan