Surau atau masjid merupakan nadi untuk menghidupakan aktiviti keagamaan dan kerohanian bagi satu-satu tempat, termasuklah SMA Rembau amat memerlukan sebuah surau yang menjadi mercu tanda untuk mengenali SMA Rembau tambahan pula sekolah ini terletak di tepi jalan utama ke pekan Rembau dan laluan utama ke Seremban Tampin.
Surau Al- Amin sebelum dibina semula
Tarikh : 10 April 2013 (Rabu )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMA Rembau
Kehadiran : Pn. Hajjah Japiah binti Jampok
Tn. Hj.Akashah b. Hj.Husin
Tn.Hj. Mohd Noor b. Mohd Daud
En Muhammad Abduh bin Haji Azarai
En. Rashdan bin Abd Rahman
Pn. Norazalina bt. Jaapar
En.Iskan b. Damuri
Tn.Hj.Mohd Isa bin Abd. Rahman
Ust Mohd Shah bin Ujang
Rahimah binti Harun
Zarina bt Muda
Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Yusof
Puan Siti Rozita bt Mohd Isa
En Ismail bin Osman
Tidak Hadir :Ust. Tajul Azhar bin Harun
Puan Hajjah Rosinah binti Baharuddin
6.Hal-hal lain
6.3 - Ustaz Mohd Shah bin Ujang menyatakan pihak sekolah sedang mengusahakan untuk mengubahsuai untuk membesarkan bangunan surau SMA Rembau yang sedia ada sekarang.Pembinaan ini atas sebab bilangan murid yang telah bertambah dan tidak dapat menampung bilangan pelajar dan guru apabila menjalankan aktiviti keagamaan dan sebahagian surau itu telah repu dimakan anai-anai dan juga kolah surau yang telah mengalami kebocoran . Selain itu surau ini juga digunakan setiap hari oleh pelajar asrama. Beliau memohon agar AJK cadangan pembesaran surau yang dibentuk seperti dalam kertas kerja yang diedarkan diterima . Cadangan pembesaran surau ini surau ini diluluskan dan diterima sebulat suara. Semua AJK Pembesaran Surau dikekalkan sehingga surau selesai dibina.
- Mesyuarat juga bersetuju untuk memungut derma bagi tujuan pembesaran surau tersebut melalui derma orang ramai, badan koprat, sekolah-sekolah dan masjid-masjid dan juga bantuan daripada pihak MAINS. Mesyuarat bersetuju untuk membuka akaun khas untuk tujuan ini di CIMB Bank Cawangan Rembau, dan bersetuju pengeluaran wang untuk perbelanjaan pembesaran tersebut hanya boleh dibuat apabila ditandatangani oleh 2 daripada 3 Ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Bendahari dan setiausaha.
Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama semua ahli jawatankuasa .Mesyuarat ditangguhkan pada 4.45 petang.
Disediakan oleh :
(RAHIMAH BINTI HARUN)
Setiausaha
PIBG Sek Men Agama Rembau
Setelah Mesyuarat PIBG meluluskan kertas kerja cadangan pembinaan surau satu jawatan kuasa kecil telah dibentuk bagi mengerakkan projek yang murni ini. di bawah adalah kertas kerja dan AJK sementara yang telah dibentuk itu.
Surau al- Amin sekarang
Mesyuarat Agung PIBG kali pertama 2013 kertas kerja pembinaan surau telah dibentangkan untuk mendapat persetujuan ahli mesyuarat, memandangkan keperluan surau baru untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah setelah kemasukkan SMA Rembau ke SABK dan keadaan fizikal sekolah yang semakin uzur. di bawah ini di bawakan keratan minit mesyurat tersebut:
_________________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT AJK PIBG PERTAMA 2013
MINIT MESYUARAT AJK PIBG PERTAMA 2013
SEK.MEN. AGAMA REMBAU
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMA Rembau
Kehadiran : Pn. Hajjah Japiah binti Jampok
Tn. Hj.Akashah b. Hj.Husin
Tn.Hj. Mohd Noor b. Mohd Daud
En Muhammad Abduh bin Haji Azarai
En. Rashdan bin Abd Rahman
Pn. Norazalina bt. Jaapar
En.Iskan b. Damuri
Tn.Hj.Mohd Isa bin Abd. Rahman
Ust Mohd Shah bin Ujang
Rahimah binti Harun
Zarina bt Muda
Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Yusof
Puan Siti Rozita bt Mohd Isa
En Ismail bin Osman
Tidak Hadir :Ust. Tajul Azhar bin Harun
Puan Hajjah Rosinah binti Baharuddin
6.Hal-hal lain
6.3 - Ustaz Mohd Shah bin Ujang menyatakan pihak sekolah sedang mengusahakan untuk mengubahsuai untuk membesarkan bangunan surau SMA Rembau yang sedia ada sekarang.Pembinaan ini atas sebab bilangan murid yang telah bertambah dan tidak dapat menampung bilangan pelajar dan guru apabila menjalankan aktiviti keagamaan dan sebahagian surau itu telah repu dimakan anai-anai dan juga kolah surau yang telah mengalami kebocoran . Selain itu surau ini juga digunakan setiap hari oleh pelajar asrama. Beliau memohon agar AJK cadangan pembesaran surau yang dibentuk seperti dalam kertas kerja yang diedarkan diterima . Cadangan pembesaran surau ini surau ini diluluskan dan diterima sebulat suara. Semua AJK Pembesaran Surau dikekalkan sehingga surau selesai dibina.
- Mesyuarat juga bersetuju untuk memungut derma bagi tujuan pembesaran surau tersebut melalui derma orang ramai, badan koprat, sekolah-sekolah dan masjid-masjid dan juga bantuan daripada pihak MAINS. Mesyuarat bersetuju untuk membuka akaun khas untuk tujuan ini di CIMB Bank Cawangan Rembau, dan bersetuju pengeluaran wang untuk perbelanjaan pembesaran tersebut hanya boleh dibuat apabila ditandatangani oleh 2 daripada 3 Ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Bendahari dan setiausaha.
Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama semua ahli jawatankuasa .Mesyuarat ditangguhkan pada 4.45 petang.
Disediakan oleh :
(RAHIMAH BINTI HARUN)
Setiausaha
PIBG Sek Men Agama Rembau
_________________________________________________________________________________
Setelah Mesyuarat PIBG meluluskan kertas kerja cadangan pembinaan surau satu jawatan kuasa kecil telah dibentuk bagi mengerakkan projek yang murni ini. di bawah adalah kertas kerja dan AJK sementara yang telah dibentuk itu.
_________________________________________________________________________________
KERTAS KERJA
PEMBINAAN SURAU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU
71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN
Disediakan oleh:
JAWATAN KUASA
PEMBINAAN SURAU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA
REMBAU
71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN
KANDUNGAN HALAMAN
1. Mukadimah
2. Objektif
3. Rasional
4. Ahli jawatankuasa
pembinaan surau SMA Rembau
5. Fasa-fasa pembinaan
6. Kos pembinaan
7. Sumber Kewangan
8. Penutup
1. MUKADIMAH
Sekolah Menengah Agama Rembau terletak di Pekan Rembau Negeri Sembilan. dianggarkan seramai 260 orang
pelajar dan guru yang keseluruhannya, Buat masa sekarang, Surau yang sedia ada
sekarang ini tidak cukup untuk menampung bilangan pelajar yang sedia ada, keperluan
ini lebih mendesak apabila diadakan program keagamaan bersama dengan ibubapa
dan penjaga pelajar contohnya program solat hajat dan bacaan yasin dan
lain-lain lagi. Ia juga boleh dijadikan mercu tanda sekolah ini, memandangkan
sekolah ini berhampiran dengan jalan besar yang menjadi perhatian ramai apabila
melalui dihadapan sekolah ini. Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada
sebuah surau sebagai tempat sebagai pusat kegiatan agama di Sekolah Menengah
Agama Rembau untuk solat berjamaah yang lebih selesa dan juga pusat kegiatan
agama di sekolah ini.
Melihat kepada
perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua pelajar, satu
jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud
mewujudkan sebuah surau di dalam sekolah ini. Keperluan
yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang
sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang
boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup penghuni Islam di sekolah ini.
Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan
diri dengan agama di samping memupuk serta membina akhlak yang baik. Maka
kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan komitmen
jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Pembinaan Surau Sekolah
Menengah Agama Rembau untuk merealisasikan hasrat tersebut. Kertas kerja ini
akan memberi maklumat lengkap pembinaan surau yang dimaksudkan. Sehubungan
dengan itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak Jawatankuasa
Pembinaan Sekolah Menengah Agama Rembau berharap kepada
sumbangan pihak-pihak yang ingin memberikan sumbangan berupa kewangan dan
sebagainya demi tercapainya cita-cita seluruh warga Sekolah Menengah
Agama Rembau ini.
2. OBJEKTIF
1.Mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan pelajar Sekolah
Menengah
Agama Rembau
2. Memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat
dijalankan dengan selesa.
3. RASIONAL
1. Ketiadaan surau yang mencukupi menyukarkan aktiviti
keagamaan di dalam
Sekolah Menengah Agama Rembau.
2. Memiliki tapak yang amat sesuai dibangunkan sebuah
surau .
3. Keperluan warga Sekolah Menengah Agama Rembau yang
mendesak dan
memerlukan
tempat beribadat yang sesuai, baik dan selesa.
4. Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat
dijalankan dengan
Lebih teratur
4. AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN SMA REMBAU
PENASIHAT
PUAN HAJJAH
JAPIAH BINTI JAMPOK
PENGETUA SMA
REMBAU
PENGERUSI
TUAN HAJI
AKAHSAH BIN HUSSIN
YDP PIBG
TIMBALAN PENGERUSI
TUAN HAJI
MOHD NOR BIN MOHD DAUD
NAIB YDP
PIBG
ENCIK
MUHAMMAD ABDUH BIN AZARAI
GPK 1 SMA
REMBAU
PUAN NORAZLINA
BINTI JAAFAR
GPK HAL
EHWAL MURID SMA REMBAU
ENCIK
RASHDAN BIN ABD. RAHMAN
GPK
KOKURIKULUM SMA REMBAU
SETIAUSAHA
ENCIK MOHD
SHAH BIN UJANG
BENDAHARI
ENCIK MOHD
ISA BIN ABD RAHMAN
AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA
SEMUA AJK
PIBG DAN SEMUA GURU SMA REMBAU
5. FASA
PEMBINAAN
Terdapat empat (4) fasa-fasa pembinaan yang telah diatur
untuk pembinaan Surau Sekolah Menengah Agama Rembau.
FASA 1
Menjalankan urusan-urusan rasmi dengan pihak-pihak
kerajaan dan pihak berkuasa seperti:
1.Pengurusan permohonan kebenaran membina surau dan
kebenaran memohon
derma dari
Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan kelulusan
2. Pengurusan gazet tanah dan tapak surau dari Jabatan
Agama Islam Negeri
Sembilan
3. Pengurusan permohonan Penentuan Arah Qiblat dari
Jabatan Mufti Kerajaan
Negeri Sembilan
dan kelulusan.
4. Pengurusan memohon pengecualian cukai dari Lembaga
Hasil Dalam Negeri
dan kelulusan.
5. Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Sekolah
Menengah Agama
Rembau.
6. Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor
pembinaan
FASA 2
1. Pengurusan memohon derma dari warga Sekolah Menengah
Agama Rembau.
2. Pengurusan memohon derma dari Lembaga Zakat Negeri
Sembilan, dan
Baitumal Negeri Sembilan
3. Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat
4. Pengurusan memohon derma dari syarikat dan majikan
5. Pengurusan Resit dan senarai derma
6. Pengurusan rekod dan pengauditan
FASA 3
1. Pembinaan Sekolah Menengah Agama Rembau.
2. Pemantauan dari Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK
terlibat
CADANGAN
SPESIFIKASI PEMBINAAN SMA REMBAU
BIL
|
PERIHAL
|
KEPERLUAN DAN CATATAN
|
1
|
Kapasiti jemaah
|
400 orang jemaah
|
2
|
Jenis bangunan
|
satu tingkat
|
3
|
Keluasan bangunan
|
5400 kaki persegi ( 90 X 60 )
kaki
|
4
|
Keluasan dewan
solat
|
4000 kaki persegi ( 80 X 50 ) kaki
|
5
|
Struktur Konkrit
|
tetulang
|
6
|
Binaan bangunan
|
Batu bata berplaster ( reinforce )
|
7
|
Kemasan dinding
|
Lepaan simen ( plaster luar dan dalam
|
8
|
Bumbung
|
Concrete
tile and Metal deck (Kerangka bumbung jenis
kayu/besi )
|
9
|
Siling
|
2 X 4 asbestos
|
10
|
Kemasan cat
|
Emulsion - kelas sederhana putih
|
11
|
Pintu
|
Pintu gelungsur aluminium
|
12
|
Tingkap
|
Tingkap
aluminium berkaca jernih
|
13
|
Kemasan lantai
|
a.dewan solat – jubin seramik
b. teres koridor – jubin seramik
c. bilik imam – jubin seramik
d. bilik bilal – jubin seramik
e. teres keliling – jubin seramik
|
14
|
Bilik air/Wudhu’
|
a. tangki simpanan air
b. tandas lelaki – 2 unit
c. tandas perempuan – 2 unit
d. tempat wudhu’ lelaki – 10 unit
e. tempat wudhu’ perempuan–10 unit
f. Bilik mandi lelaki -1 unit
g. Bilik mandi perempuan 1. unit
|
15
|
Pendawaian Elekterik
|
Pendawaian letrik
three phase – 60 Amphere ( punca utama )
a. punca lampu – double fluorescent with
reflector
b. punca kipas – kipas siling dan dinding
c. punca kuasa 13A – domestik
d. punca kuasa 15A – penyaman udara
16
a. longkang –
i. 6 inci dalam
ii.8 inci lebar
iii.bentuk U
b.
salur air
i.
UPVC gutter
c. pagar
i. keliling kawasan pelan tapak
d. pintu pagar
i. pintu utama
ii.2 pintu kecil
|
FASA 4
1.Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan surau Sekolah
Menengah Agama Rembau.
2. Pengurusan perasmian Surau Sekolah Menengah Agama
Rembau.
6. KOS PEMBINAAN
Kos keseluruhan pembinaan SMA Rembau ialah:
RM200,000
(DUA RATUS RIBU RINGGIT MALAYSIA)
7. SUMBER KEWANGAN
1.
Sumbangan Warga SMA Rembau RM 80.000
2.
Sumbangan dari sekolah seluruh Negeri Sembilan RM 10.000
3.
Sumbangan dari masjid seluruh Negeri
Sembilan RM 10.000
4.
Sumbangan dari Menteri Besar Negeri Sembilan RM
100.000
JUMLAH RM 200.000
8. PENUTUP
Pembinaan Sekolah Menengah Agama Rembau ini sememangnya
ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua penduduk di desa ini. Kewujudan surau
ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin antara warga SMA Rembau.PIBG,
agensi-agensi kerajaan dan sw asta yang
terlibat dan juga para penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT
semata-mata. Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai
impian ini. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati
berusaha agar pembinaan surau Sekolah Menengah Agama Rembau ini dapat
disegerakan demi kemudahan warga Sekolah Menengah Agama Rembau.. Pihak
jawatankuasa pembinaan surau Sekolah Menengah Agama Rembau mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan yang disalurkan semoga
mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat.
InsyaAllah.
Sekian.
Disediakan oleh:
JAWATAN KUASA
PEMBINAAN SURAU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA
REMBAU
71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN
_________________________________________________________________________________
Setelah mendapat kelulusan dari pihak-pihak berwajib maka kutipan pembinaan surau telah dilancarkan, kutipan ini dijalankan melalui beberapa cara antaranya adalah kutipan melalui kupon, individu yang pemurah, kutipan kesemua sekolah rendah dan menengah seluruh negara dan melalui kutipan seluruh masjid di negara kita, setelah kutipan mencecah sembilan puluh ribu maka pada 14 ogos 2014 bermulalah kerja -kerja merobohkan surau yang lama.
Proses membuka atap
atap telah dibuka sepenuhnya
Mengunakan jentera untuk meruntuhkan dinding
semua bangunan surau runtuh sepenuhnya
Dalam tempoh pembinaan surau ini berjalan maka segala aktiviti keagamaan telah berpindah sementara ke Dewan Makan SMA Rembau
setelah menunggu hampir setahun akhirnya surau al-Amin berjaya dibangunkan semua di tapak yang lama dengan keadaan yang lebih luas, selesa dan menarik, maka pada bulan september 2015 satu gotong royong membasuh dan membersihkan seluruh kawasan surau telah diadakan yang telah disertai oleh semua warga SMA Rembau,
Membersihkan bahagian dalam surau
Membuang segala batu dan lebihan sampah
Bahagian dalam surau
Bahagian luar surau
Alhamdulillah dengan terdirinya Surau Al Amin ini berbagai aktiviti telah diadakan di surau inu dan banyak memberi manfaat bagi seluruh warga SMA Rembau, Oleh kerana aktiviti keagamaan berjalan lancar dengan adanya surau ini maka Tanggal 17 September 2015 SMA Rembau telah mengukir satu sejarah tersendiri, SMA Rembau telah dianugerahkan Johan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) SABK menengah peringkat kebangsaan anjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama (AKIPA) . Majlis tersebut telah diadakan pada 17 September 2015 di Hotel Lexis, Port Dikson Negeri Sembilan , SMA Rembau telah diwakili oleh pengetua sendiri Puan Hajjah Japiah Binti Jampok . Moga anugerah ini menjadi motivasi untuk semua warga SMA Rembau mempertingkatkan sahsiah diri seiring dengan kecemerlangan yang telah diraih. Tahniah kepada warga SMA Rembau.

Sijil kemenangan |
Kenangan bersama Ketua Sektor Pendidian Islam Negeri Sembilan |
Pemandangan surau yang amat menarik diwaktu malam hari.
Semenjak itu surau ini telah dijadikan tempat untuk kebanyakan aktiviti sekolah dan asrama, Moga Allah memberi ganjaran kepada semua yang telah menyumbangan wang dan tenaga daalam membangunkan surau ini, hanya Allah yang maha pemurah yang akan membalasnya, AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan