Rabu, 30 September 2015

MEMBENTUK JATI DIRI

SMA Rembau telah menghantar 4 orang wakil untuk menyertai Perkhemahan Ekspidisi 1 Malaysia Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kuala Pilah, Tampin Dan Rembau bertempat di Kem Pusako Hassan Basir , Batu Kikir. Perkhemahan ini bermula dari 29 September hingga 2 Okt. Peserta SMA Rembau diwakili oleh Saudara Mohd Hafizuddin , Haziq, Saudari Sarah Sakinah dan Nurhidayah dan mereka diiringi oleh Puan Nurulhuda Binti Ramdhan.  Antara aktiviti yang mereka sertai ialah flying fox , daki bukit Broga, berenang dan berkayak. Moga program ini memberi pengalaman yang luas kepada peserta untuk menjadi pemimpin sekolah yang berkalibar.. العقل السليم في الجسم السليم
antara aktiviti yang mereka sertai






Mari Membaca

Pada 14 September 2015 Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMA Rembau telah mengadakan Anugerah Pusat Sumber Sekolah di Surau Al- Amin. Majlis diadakan untuk mengalakkan warga SMA Rembau untuk memupuk sifat suka membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan, Antara pertandingan yang dianjurkan oleh PSS ialah Anugerah pengunjung bertuah, peminjam terbanyak,pengawas PSS terbaik, NILAM  dan lain-lain lagi. Anugerah ini telah disempurnakan oleh Ustaz Nasaruddin Bin Hassim GPK 1 SMA Rembau. Tahniah semua yang menang..
Beberapa gambar pemenang 

Lawatan Ke Mahkamah Syariah


Tahniah kepada Panitia Pendidikan Syariah Islamiah SMA Rembau yang diketuai oleh Ustaz Khairul Azua Bin Abu Zarin telah telah berjaya menganjurkan lawatan ke Mahkamah Syariah  di Seremban 2. Lawatan ini telah disertai oleh semua pelajar tingkatan 5 dan diiringi oleh 3 orang guru iaitu Ustaz Khairul Azua, Ustaz Anuwar dan Ustazah Aminah. Lawatan ini telah memantapkan lagi pengetahuan tentang Mahkamah Syariah yang dipelajari semasa di dalam kelas. Moga pengalaman mengikuti perbicaraan dimahkamah tersebut memberi pengalaman manis kepada semua pelajar. tahniah semua. Moga berjaya dalam SPM nanti. Amin


SMA REMBAU JOHAN SUMUR PERINGKAT KEBANGSAAN 2015



Tanggal 17 September 2015 SMA Rembau telah mengukir satu sejarah tersendiri, SMA Rembau telah dianugerahkan Johan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) SABK menengah peringkat kebangsaan anjuran  Majlis Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama (AKIPA) . Majlis tersebut telah diadakan pada 17 September 2015 di Hotel Lexis, Port Dikson Negeri Sembilan , SMA Rembau telah diwakili oleh pengetua sendiri Puan Hajjah Japiah Binti Jampok . Moga anugerah ini menjadi motivasi untuk semua warga SMA Rembau mempertingkatkan sahsiah diri seiring dengan kecemerlangan yang telah diraih. Tahniah kepada warga SMA Rembau.

Sijil kemenangan
Kenangan bersama Ketua Sektor Pendidian Islam Negeri Sembilan