Isnin, 25 Januari 2016

JASAMU DIKENANG

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Setiap perpisahan sudah tentu amat menyedihkan. Tarikh 22 Januari ini  satu majlis sambutan perpisahan bagi Ustazah Khairun Naimah yang akan memulakan tugas baru di SMKA Yan Kedah  beliau telah memulakan tugas sebagai seorang guru di SMA Rembau ini pada tanggal 23 Mei 2012. Warga SMA Rembau berasa terharu kerana akan kehilangan guru yang amat disenangi oleh semua warga sekolah.Beliau bukan sahaja guru tetapi ahli keluarga dalam sebuah keluarga besar di sekolah ini. Lembut,tenang tetapi tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir kata kata yang dapat digambarkan mengenai beliau.Beliau sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta bersungguh sungguh dalam berusaha untuk meningkatkan tahap prestasi akademik para pelajar. Beliau juga telah banyak menyumbangkan jasa dan baktinya buat anak muridnya terutamanya bertugas sebagai warden sekolah. Syabas diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu demi memastikan kecemerlangan anak-anak didikmu.

           Semoga semangat ini akan berterusan pada masa-masa hadapan. SMA Rembau juga berharap agar hubungan silaturrahim yang terjalin selama ini dengan warga SMA Rembau akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.













Rabu, 20 Januari 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH REMBAU 2016

Tarikh         : 21 Januari 2016
Tempat       : SMKA Haji Hassan Bin Haji Hasan Sail
Keputusan :

SMA Rembau tmpt ke4 kategori L15
Zulkifli bin Amran tempat ke lapan




KEJOHANAN PING PONG DAERAH REMBAU 2016

Tarikh pertandingan: 19-20 jan 2016
Tempat                        : SMK Sedia Raja Rembau

Laporan pingpong daerah rembau

L15 : tiada wakil ke negeri (pusingan kedua)
L18 : kalah pusingan pertama
P15 : hafizah rostam - final
P18 : tiada wakil ke negeri (pusingan kedua sahaja)


Hafizah rostam : naib johan perempuan 15 tahun.. wakil ke negeri pada 1 - 4 feb





ENGLISH CAMP 2016

Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama alumni SMA Rembau telah mengadakan program Eglish Camp untuk menanamkan  rasa cinta terhadap bahasa ni disamping memberi motivasi kepada pelajar tingkatan 3 dan 5 untuk mempelajari bahasa ini, majlis ni telah diadakan pada 19 Januari 2016 bersamaan hari selasa mulai 2 petang dan dia disertai oleh semua pelajat tinkàtan 3 dan 5, tahniah semua






MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2016

Majlis ini telàh diadakan pada 11 Januari 2016, pada hari isnin mulai jam 7.30 pagi, semoga dengan perlantikan pengawas ini dapat melicinkan perjalanan sesi persekolahan pada tahun ni, moga semua pengawas dapat  menerima tanggunjawab ni dengan penuh amanah. Amin






Isnin, 18 Januari 2016

MAJLIS PENGHARGAAN KECEMERLANGAN

Majlis ringkas ini telah diadakan diperhimpunan rasmi sekolah pada 18 Januari 2016, tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperisaan akhir tahun 2015 iaitu merekayang telah mencapai gred purata sekolah yang telah ditetapkan sekolah. Moga majlis ini menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, Tahniahh semua..



Jumaat, 15 Januari 2016

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437 HIJRAH

Pada 15 januari 2016 bersamaan hari jumaat SMA Rembau telah mengadakan sambutan maulidur rasul.  Sambutan ini dibuat dengan matlamat menanamkan rasa cintakan Rasulullah S.A.W dihati semua warga SMA Rembau, walau pun dilaksanakan secara ringkas tetapi ia meriah dan menyeronokan pelajar, bermula dengan perarakan seawal 7.30 pagi dari dewan terbuka ke surau diikuti dengan ceramah ringkas oleh USt Azua Bin Abu Zarin serta diakhiri dengan bacaan maulid. Moga Rasulullah S,A,W menjadi idola dan qudwah kepada kami semua.











MAJLIS PENDAFTARAN TINGKATAN SATU 2016

Majlis pendaftaran tingkatan satu ini telah diadakan pada 31 Disember 2016 bersamaan hari khamis, majlis ini diadakan bagi mengalu-alukan warga baru SMA Rembau disamping bertemu dengan semua penjaga, di dalam majlis ini  penerangan ringkas mengenai sekolah , PBS, Kurikulum DINI dan peraturan sekolah, Tahniah dan ahlan wasahlan keoada semua pelajar tingkatan satu.






PENGUMUMAN KEPUTUSAN PT3 2015

Tanggal 14 Disember 2015 SMA Rembau telah membuat majlis ringkas sempena pengumuman keputusan PT3 2015, Tahniah kepada semua pelajar dan tahniah juga kepada semua guru moga menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat.





UJIAN KELAYAKAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU 2016

Ujian ini telah dilaksanakan pada 5 Disember 2015 bersamaan hari sabtu , Ujian ini dijalankan secara bertulis dan lisan , moga dengan kerjasama semua guru yang menilai dan membuat pemilihan SMA Rembau akan dapat pelajar-pelajar yang berkualiti untuk menjadi warga SMA Rembau yang baru. Selamat berjaya.