Rabu, 31 Julai 2019

Latihan Kebakaran Peringkat Asrama








Projek teknologi Hijau SMA Rembau Tahniah












Semoga berjaya ..amin


Tahniah aspura dan aspuri...


Good bye porno

Selamat berpindah

Moga berjaya Haifa


KATA ALUAN PENGETUA



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, saya diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua kata di dalam Buku Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2019 ini. Terlebih dahulu, ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada Jawatankuasa Buku Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2019 yang telah bertungkus-lumus bekerja menyiapkan buku ini. Buku Manual Pengurusan Sekolah ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan staf untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan. In Shaa Allah.

Saya juga ingin mengucapkan selamat datang ke sesi persekolahan tahun 2019. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga kerja Sekolah Menengah Agama Rembau kerana telah bertungkus lumus serta berpenat lelah melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk sesi persekolahan pada tahun 2018 yang lalu.

Seperti yang kita semua maklum, pada tahun 2018 sekolah kita telah memperolehi beberapa pencapaian kecemerlangan sama ada dalam bidang kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Alhamdulillah berkat komitmen dan kerjasama semua warga sekolah, serta dengan izinNya kecemerlangan tersebut dapat dicapai. Dan ini menjadi cabaran kepada kita untuk mengekalkan atau meningkatkan lagi prestasi cemerlang untuk tahun-tahun seterusnya. Harapan saya agar semua guru SMA Rembau akan memberikan komitmen yang tinggi dan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan ini demi membimbing anak-anak pelajar ke arah kecemerlangan diri serta kemenjadian murid.

Sebagai ketua organisasi sekolah, saya mengharapkan pada tahun 2019 ini semua warga sekolah akan dapat sama-sama mengembleng tenaga dalam melaksanakan apa jua program dan aktiviti yang telah dirancang agar semuanya dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya. Saya juga mengharapkan agar kita dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan serta komitmen yang tinggi dalam apa jua tugasan yang diberikan agar kejayaan dan kecemerlangan akan dapat dikecapi. Marilah kita bekerja sebagai satu pasukan dengan penuh keikhlasan serta keakraban sesuai dengan tagline kerajaan negeri yang baru iaitu Bersih, Muafakat dan Sejahtera. Insyaa Allah, kejayaan akan bersama-sama kita.

Akhir kata, semoga sesi  persekolahan tahun ini akan seiring dengan azam dan tekad bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme diri yang menuntut kepada perubahan bagi menjamin SMA Rembau akan dapat mencapai prestasi yang  membanggakan dan akan melakarkan kejayaan yang gemilang dalam semua bidang, sama ada akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga disiplin. SMAR terus cemerlang.Sekian. terima kasih dan Selamat Bertugas.


(HJ MUHAMMAD ABDUH BIN AZARAI)
Pengetua
SMA Rembau

SEJARAH SMAREM



SEJARAH SMA REMBAU

Penubuhan Sekolah Menengah Agama Pekan Rembau pada awalnya berasal daripada sebuah rumah masak yang terletak di Masjid Jamek Rembau. Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua ketika di bawah pimpinan Tun Abd. Razak, masyarakat sekitar daerah Rembau mengambil peluang ini untuk memohon agar Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah sekolah agama di Pekan Rembau.Setelah permohonan tersebut diluluskan, masyarakat setempat telah bergotong-royong untuk membersihkan kawasan paya yang telah ditebus gunakan sebagai lokasi baru sekolah. Bermula daripada saat ini, bangunan SMA Pekan Rembau telah dipindahkan daripada Masjid Jamek Rembau ke sebuah tapak baru yang kemudiannya dikenali sebagai SMRA Rembau dan telah dirasmikan pada 1 Mei 1959 bersamaan  23 Syawal 1378.

Di lokasi baru ini , bangunan satu tingkatan telah dibina serta menempatkan beberapa buah bilik seperti bilik pentadbiran, perpustakaan dan bilik darjah dari sekitar tahun 60an sehingga tahun 1996. Rentetan daripada pembukaan bangunan sekolah di tapak yang baru, sebuah Lembaga Pentadbir sekolah telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ustaz Nasir bin Hj. Md. Aji pada ketika itu. Sebagai permulaan, sekolah ini hanya menawarkan satu aliran mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Arab dan tidak menawarkan mata pelajaran akademik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah secara formal dan diajar dalam bahasa Arabin Pada peringkat penubuhannya, kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar yang gagal dalam Lower Certificate Examination (LCE) dan mereka yang berminat untuk mendalami pengajian agama. Di samping itu, pihak sekolah turut menawarkan Sijil Menengah Rendah Agama yang mana ianya akan melayakkan para pelajar melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Tinggi.

Setelah 25 tahun beroperasi, pihak Lembaga Pentadbir sekolah dengan kerjasama Allahyarham Dato’ Hj. Mahzan bin Hj. Hamzah (bekas ADUN Chembong) telah mengasaskan penubuhan asrama sekolah untuk kemudahan para pelajar dari luar daerah Rembau. Kebanyakan daripada mereka berasal dari kawasan Felda Gemas, Palong dan Pasir Besar dan sekitar daerah Kuala Pilah. Sekitar tahun 1984, hanya terdapat seorang pelajar lelaki yang menghuni asrama yang bertempat di bilik darjah dan kini dijadikan sebagai Bengkel ERT. Manakala pelajar perempuan ditempatkan bersebelah rumah warden dan sebahagiannya menumpang di rumah penduduk berhampiran yang dikenali sebagai Puan Aminah. Setahun kemudian, pihak Lembaga Pentadbir sekolah telah bersetuju untuk membina dua buah bangunan baru sebagai asrama putera dan asrama puteri. Pada ketika itu, surau terletak di bilik bersebelahan asrama putera.

Sekitar penghujung tahun 1990an, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menyalurkan bantuan kewangan kepada pihak sekolah untuk membina sebuah bangunan dua tingkat sebagai penempatan baru bangunan sekolah. Penghujung tahun 1997, bangunan dua tingkat ini mula digunakan dengan menempatkan bahagian pentadbiran sekolah di aras satu dan Pusat Sumber Sekolah di aras dua bangunan ini.

Pembangunan fizikal sekolah semakin lengkap dengan pembinaan Asrama Pelajar Perempuan yang memuatkan seramai 120 penghuni dan mula diduduki awal tahun 2010. Pada tahun 2016 pula, surau baru siap untuk digunakan dan boleh menampung tidak kurang 300 pelajar dalam satu masa. Sebelum itu, pada tahun 2015 bangunan satu blok 2 tingkat yang mengandungi 6 kelas mula dibina dan mula digunakan awal tahun 2017. Prasarana yang kondusif telah membolehkan sekolah ini cemerlang  dari aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum.

KAKITANGAN









CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM


HEM


KURIKULUM


PENGURUSAN


UTAMA

Sambutan Hari Guru 2019


Selasa, 9 Julai 2019

PROFIL SEKOLAH



 PROFIL SEKOLAH
Bil
Perkara
1





Nama dan Alamat Sekolah:

Sekolah Menengah Agama Rembau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus

 2



Kod Sekolah  :

NFT3002

3   . Lokasi :

      Luar Bandar

4



Gred Sekolah :

A

1.       Jenis Bantuan :

      Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

 6



Daerah Pentadbiran :

Rembau

2.       Jenis Murid :

       Lelaki dan Perempuan

8
Maklumat komunikasi:

Telefon               :   06-6852404
Faksimili             :   06-6853670
E-mail                 :   srembau09@yahoo.com
Laman Web        :   www.psssmarem.blogspot

9



Nama Pengetua :  
Hj. Muhammad Abduh bin Azarai

10




Luas Kawasan Sekolah :

2.169 Ekar
11. Sesi Persekolahan            :
  
  1 sesi

12


Bilangan Guru    : 
31 orang

13. Bilangan Staf Sokongan   :
      07 orang

14


Bilangan Murid   :
250 orang

15  Bilangan Murid Asrama       :
      120

16


Bilangan kelas    :  
10

17. Tingkatan :  
      Satu  hingga  Lima