Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, saya diberi
kesempatan untuk memberi sepatah dua kata di dalam Buku Manual Pengurusan
Sekolah Sesi 2019 ini. Terlebih dahulu, ucapan setinggi-tinggi tahniah dan
jutaan terima kasih saya tujukan kepada Jawatankuasa Buku Manual Pengurusan
Sekolah Sesi 2019 yang telah bertungkus-lumus bekerja menyiapkan buku ini. Buku
Manual Pengurusan Sekolah ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada
guru-guru dan staf untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan.
In Shaa Allah.
Saya juga
ingin mengucapkan selamat datang ke sesi persekolahan tahun 2019. Terima kasih
juga diucapkan kepada semua warga kerja Sekolah Menengah Agama Rembau kerana
telah bertungkus lumus serta berpenat lelah melaksanakan tugas yang diamanahkan
untuk sesi persekolahan pada tahun 2018 yang lalu.
Seperti
yang kita semua maklum, pada tahun 2018 sekolah kita telah memperolehi beberapa
pencapaian kecemerlangan sama ada dalam bidang kurikulum, Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum. Alhamdulillah berkat komitmen dan kerjasama semua warga sekolah,
serta dengan izinNya kecemerlangan tersebut dapat dicapai. Dan ini menjadi
cabaran kepada kita untuk mengekalkan atau meningkatkan lagi prestasi cemerlang
untuk tahun-tahun seterusnya. Harapan saya agar semua guru SMA Rembau akan
memberikan komitmen yang tinggi dan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjalankan
tugas yang telah diamanahkan ini demi membimbing anak-anak pelajar ke arah
kecemerlangan diri serta kemenjadian murid.
Sebagai
ketua organisasi sekolah, saya mengharapkan pada tahun 2019 ini semua warga
sekolah akan dapat sama-sama mengembleng tenaga dalam melaksanakan apa jua
program dan aktiviti yang telah dirancang agar semuanya dapat dijalankan dengan
sempurna dan berjaya. Saya juga mengharapkan agar kita dapat memupuk semangat
kerjasama dan permuafakatan serta komitmen yang tinggi dalam apa jua tugasan
yang diberikan agar kejayaan dan kecemerlangan akan dapat dikecapi. Marilah
kita bekerja sebagai satu pasukan dengan penuh keikhlasan serta keakraban
sesuai dengan tagline kerajaan negeri yang baru iaitu Bersih, Muafakat dan
Sejahtera. Insyaa Allah, kejayaan akan bersama-sama kita.
Akhir
kata, semoga sesi persekolahan tahun ini
akan seiring dengan azam dan tekad bagi meningkatkan kualiti dan
profesionalisme diri yang menuntut kepada perubahan bagi menjamin SMA Rembau
akan dapat mencapai prestasi yang
membanggakan dan akan melakarkan kejayaan yang gemilang dalam semua
bidang, sama ada akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga disiplin. SMAR terus
cemerlang.Sekian. terima kasih dan Selamat Bertugas.
(HJ
MUHAMMAD ABDUH BIN AZARAI)
Pengetua
SMA Rembau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan