Isnin, 25 Januari 2016

JASAMU DIKENANG

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Setiap perpisahan sudah tentu amat menyedihkan. Tarikh 22 Januari ini  satu majlis sambutan perpisahan bagi Ustazah Khairun Naimah yang akan memulakan tugas baru di SMKA Yan Kedah  beliau telah memulakan tugas sebagai seorang guru di SMA Rembau ini pada tanggal 23 Mei 2012. Warga SMA Rembau berasa terharu kerana akan kehilangan guru yang amat disenangi oleh semua warga sekolah.Beliau bukan sahaja guru tetapi ahli keluarga dalam sebuah keluarga besar di sekolah ini. Lembut,tenang tetapi tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir kata kata yang dapat digambarkan mengenai beliau.Beliau sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta bersungguh sungguh dalam berusaha untuk meningkatkan tahap prestasi akademik para pelajar. Beliau juga telah banyak menyumbangkan jasa dan baktinya buat anak muridnya terutamanya bertugas sebagai warden sekolah. Syabas diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu demi memastikan kecemerlangan anak-anak didikmu.

           Semoga semangat ini akan berterusan pada masa-masa hadapan. SMA Rembau juga berharap agar hubungan silaturrahim yang terjalin selama ini dengan warga SMA Rembau akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan