Isnin, 1 Februari 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2016


  Pada 28 Januari 2016 yang lalu,acara merentas desa peringkat sekolah telah berlangsung.Acara ini diadakan di SMA Rembau mulai pada pukul 8.00 pagi.
   Acara merentas desa merupakan acara tahunan sekolah yang melibatkan empat buah rumah sukan iaitu rumah Laksmaan  ,rumah Bendahara , rumah temenggung dan rumah syahnamdar.Para peserta dilepaskan mengikut kategori masing-masing iaitu bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.Para peserta dilepaskan oleh Pengetua SMA Rembau ,iaitu Pyan Hajjah Japiah Binti Jampok. Jarak larian peserta berbeza mengikut kategori.Untuk kategori bawah 15 tahun,jarak larian adalah sejauh lima kilometer,manakala bawah 18 tahun pula jarak larian adalah sejauh lapan kilometer.Setiap peserta yang berlari dalam tempoh yang ditetapkan akan menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Setelah hampir satu jam setengah berlangsung,para hakim bersiap sedia berada di garisan penamat.Para hakim sibuk mengira markah yang dikumpul untuk mencari rumah sukan yang bakal muncul juara acara merentas desa pada tahun ini.
   Para peserta berkumpul di hadapan astaka sekolah untuk upacara penyampaian hadiah.Peserta-peserta yang mendapat tempat pertama hingga kesepuluh telah diberi pingat kemenangan.Rumah Temenggung telah diumumkan sebagai juara keseluruhan acara merentas desapada tahun ini.
   Acara merentas desa telah tamat pada pukul 12 tengah hari.Semangat juang yang ditunjukkan oleh para peserta dalam acara merentas desa amat tinggi dan patut diberikan pujian.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan