Ahad, 18 Oktober 2015

JEREBU MELANDA LAGI,,,,

HEBAHAN RASMI DAN TERKINI DATO' PENGARAH..


Salam 1 Malaysia..

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR NEGERI SEMBILAN

SEMUA SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN AKAN DITUTUP PADA :

19 OKTOBER 2015 (ISNIN)

Untuk makluman semua, penutupan sekolah di Negeri Sembilan telah dibuat oleh YB Menteri Pendidikan melalui media massa pada 18 Oktober 2015.

PENJELASAN STATUS SEKOLAH YANG TUTUP KERANA JEREBU

Tutup sekolah disebabkan jerebu bukan bermakna sekolah diberi cuti. Ia ditutup untuk menjaga kesihatan murid agar tidak terjejas oleh jerebu.

1. Guru-guru masih boleh hadir ke sekolah untuk selesaikan tugas mereka.

2. Guru-guru yang terlibat dengan peperiksaan awam dan pentaksiran pusat perlu hadir melaksanakan tugas seperti ditetapkan.

3. Walaubagaimanapun pihak sekolah tidak boleh mengeluarkan apa-apa arahan secara rasmi untuk guru-guru mereka hadir ke sekolah seolah dibuka seperti biasa.

4. Kakitangan sekolah juga boleh hadir untuk melaksana tugas-tugas pejabat seperti biasa khususnya bagi sekolah-sekolah yang sedang menjalankan peperiksaan awam dan pentaksiran pusat.

5. Calon peperiksaan awam dan pentaksiran pusat perlu hadir dan mematuhi Operasi Topeng dan garis panduan serta arahan LP dari semasa ke semasa.

6. Tutup sekolah kerana jerebu tidak perlu diganti. Sila rujuk kenyataan YBM sebelum daripada ini.


Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan di bawah OPS TOPENG.

Aktiviti-aktiviti untuk guru seperti LDP diteruskan mengikut jadual masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Dato' Pengarah Pendidikan,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan