Selasa, 13 Oktober 2015

MAJLIS REDHA ILMU PT3 2015

Solat hajat dan bacaan yasin sudah dilaksanakan Tarikh keramat 12 Oktober 2015 pasti akan diingat oleh semua pelajar tingkatan 3 2015. Kerana tarikh itu semuanya akan menduduki peperiksaan PT 3. Disamping itu tibalah masanya untuk semua guru-guru tingkatan tiga yang telah mengajar dan mendidik mereka sekama tiga tahun meredhakan segala ilmu yang telah mereka curahkan, dan memaafkan segala kesalahan pelajar dan ini masanya semua calon PT3 akan berjumpa semua guru untuk memohon kemaafan dan keredhaan mereka,Majlis redha ilmu telah diadakan pada 10 Oktober 2015 di Surau Al Amin SMA Rembau. Selamat berjuang anak didikku,,,
Guru-guru PT3

Wasiat terakhir dari pengetua

"Selamat berjuang anakku"

Pelukan keredhaan

"cikgu redhakan segala ilmu yang cikgu curahkan kepada kamu"

"dulu kecik je"

Tips terakhir

Ucapan wakil pelajar

Pesanan GPK 1

Saling maaf memaafi

Memohon redha Ilahi





Tiada ulasan:

Catat Ulasan